suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miliki Genetik Sihat Punca Aamir Khan Awet Muda

Aamir akan merancang pemakanan yang akan diambil setiap hari agar dia tidak terambil makanan-makanan yang tidak sihat.

MESKIPUN sudah berusia 49 tahun, namun penampilan Aamir Khan masih lagi dilihat seperti lelaki berusia awal 30-an.

Menurut laporan OneIndia, Aamir berkata, dia mengamalkan penjagaan diri yang sihat dan pada masa sama bersyukur kerana mempunyai keluarga daripada genetik yang tioak mudah mendapat penyakit.

"Saya harus akui bahawa faktor genetik adalah antara punca saya dilihat lebih muda daripada usia. Saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat," katanya.

Tambah Aamir, dia akan merancang makanan yang harus dimakan setiap hari agar tidak terambil makanan-makanan yang tidak sihat.

Dalam pada itu Aamir turut mengamalkan aktiviti bersukan setiap hari untuk kekal bertenaga.

Aamir Khan, Aktor, Kesihatan, Awet Muda

Artikel Lain