suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Ahli After School Dikatakan Bercinta Dengan Pemain Besbal

So Young dikatakan bercinta dengan seorang pemain besbol terkenal iaitu Shim Soo Chang.
BEKAS anggota kumpulan After School iaitu Yoo So young dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain besbol kelab Lotte Giants, Shim Soo Chang.

Portal Soompi melaporkan hubungan So Young yang kini aktif sebagai pelakon dapat dihidu oleh pihak media selepas dia menemani ahli sukan itu bagi menjalani latihan di Jepun.

Pasangan itu juga dikatakan telah bersama selama beberapa bulan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan So Young menyangkal dakwaan tersebut namun tidak menafikan kedua-dua mereka mengenali di antara satu sama lain.

"So Young pergi ke Jepun adalah atas urusan penggambaran dan memang benar dia ada bertemu dengan Soo Chang kerana lelaki itu merupakan teman baiknya.

"Mereka bukan pasangan kekasih seperti yang dilaporkan sebelum ini," ujar wakil daripada syarikat pengurusan itu.

Artikel Lain