suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mila Kunis Enggan Punya Anak

Mila tidak merancang untuk mempunyai cahayamata memandangkan dia kini sedang sibuk dengan jadual lakonannya.

BEBERAPA waktu lalu, Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikhabarkan telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun menurut laporan portal Showbizspy,  Mila tidak merancang untuk mempunyai cahayamata memandangkan dia kini sedang sibuk dengan jadual lakonannya.

"Sejak Februari lalu, Mila telah menandatangani kontrak sebagai duta produk Liquor dan keadaan itu membuatkan dia tidak sempat untuk punyai anak.

"Apatah lagi sekarang ini dia berada di posisi terbaik dalam kariernya dan ingin bekerja lebih buat masa ini," kata sumber yang rapat dengan aktres itu.

Terdahulu, Mila pernah digosipkan sedang hamil anak pertama, namun khabar angin itu dinafikan oleh jurucakapnya.

Mila Kunis, Aktres, Ashton Kutcher, Hamil

Artikel Lain