suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Psy Lancar Album Baru April Ini

Kemunculan Psy menerusi lagu baru kali ini akan menjadi perhatian peminat-peminatnya di seluruh dunia.

SEPERTI yang diketahui ramai, penyanyi fenomena dunia, Psy dijadualkan bakal membuat kemunculan baru pada April ini sejak tampil dengan lagu Gentleman pada April 2013.

Menurut laporan portal Soompi, kemunculan Psy kali ini akan menjadi perhatian peminat-peminatnya di seluruh dunia yang mengikutinya sejak popular dengan lagu Gangnam Style.

"Buat  masa ini Psy sibuk dengan persiapan akhir untuk kemunculan album barunya. Psy kini berada di Amerika untuk persiapan album tersebut," kata jurucakap agensi naungan Psy, YG Entertainment.

Difahamkan, Psy baru saja selesai menjalani rakaman klip video di Incheon dengan penyanyi rap, Snoop Dog serta Big Bang dan G-Dragon.

Keluaran album terbaru Psy sememangnya ditunggu-tunggu peminat dunia kerana mereka ingin melihat adakah lagu-lagu yang bakal muncul nanti mampu menyaingi populariti Gangnam Style dan Gentleman.

Psy, Album, K-Pop

Artikel Lain