suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halle Berry & Suami Tinggal Berasingan

Pertengkaran antara Halle dan Olivier berpunca daripada diet Halle yang berlebihan sehingga melupakan keluarga dan anak yang baru dilahirkan itu.

BARU-BARU ini, Halle Berry dan suaminya, Olivier Martinez, dikatakan sudah tinggal berasingan.

Menurut laporan Showbizspy, pasangan yang baru dikurniakan anak itu khabarnya sedang bertelingkah sejak berbulan-bulan lalu sehingga menyebabkan Olivier memutuskan untuk keluar dari rumah mereka di Beverly Hills.

Salah satu sumber memberitahu, pertengkaran mereka berpunca daripada diet Halle yang berlebihan sehingga melupakan keluarga dan anak yang baru dilahirkan itu.

"Olivier menganggap Halle terlalu fokus pada kerja dan menurunkan berat badan selepas proses kelahiran sehingga dia melupakan keluarga," kata sumber berkenaan.

Pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2013 dan telah dikurniakan seorang anak Maceo Robert Martinez, yang kini berusia lima bulan.

Halle turut mempunyai seorang lagi anak bernama  Nahla Ariela Aubry, 6, hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Gabriel Aubry.

Artikel Lain