suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunye (Wonder Girls) Mahu Jadi Sukarelawan

Sunye akan tinggal di Haiti untuk bekerja sebagai sukarelawan.
PENYANYI utama kumpulan Wonder Girls iaitu Sunye berhasrat untuk menjadi seorang sukarelawan di Haiti selama lima tahun bermula bulan Julai depan. 

Menurut laporan Allkpop, Sunye dalam satu entri di laman sosial Cafe memberitahu pengalamannya bersama kumpulan itu dan berpeluang mengelilingi dunia membuka matanya untuk terlibat dalam kerja-kerja amal. 

"Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya dan kejayaan bersama kumpulan Wonder Girls dan selepas tujuh tahun terlibat dalam bidang hiburan sudah tiba masanya saya melakukan sesuatu yang lain dalam hidup saya," katanya menerusi entri tersebut.

Sunye yang berkahwin dengan James Park yang juga seorang sukarelawan memberitahu suaminya itu juga adalah inspirasi terbesar dalam membuat keputusan itu. 

Dalam pada itu, syarikat pengurusan Sunye, JYP Entertainment menegaskan keputusan wanita berkenaan bukan bererti dia akan meninggalkan kumpulan Wonder Girls. 

"Apa yang diberitahu Sunye itu adalah benar dan dia akan menghabiskan lima tahun di Haiti bersama suaminya sebagai sukarelawan namun pemergian Sunye itu bukan bererti di bukan lagi anggota Wonder Girls.
Sunye, Wondr Girls, K-Pop.

Artikel Lain