suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SBS Nafi Penerbitan 'Running Man' Versi China

Pihak SBS menafikan Running Man versi China bakal diterbitkan dalam masa terdekat.
PIHAK stesen SBS di Korea Selatan menafikan laporan bahawa program Running Man versi China bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini.

Portal Soompi melaporkan, pihak SBS dalam satu kenyataan menegaskan perancangan tersebut masih lagi dalam perbincangan dan tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu buat masa ini.

"Pihak kami ingin menjelaskan pengumuman Running Man versi China yang dilaporkan sebelum ini adalah tidak benar memandangkan perancangan itu masih lagi diperingkat perbincangan.

"Laporan yang dibuat oleh sesetengah media di China berhubung perkara itu adalah mengelirukan dan bukannya datang dari pihak SBS," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut sebarang keputusan hanya akan dibuat oleh pihak SBS selain perlu meneliti pelbagai sudut bagi memastikan program yang bakal diterbitkan itu menepati piawaian ditetapkan.

SBS, Running Man.

Artikel Lain