suria

Enam bulan berehat, Fizie teruja kembali ke konti bersama Molek FM

Fizie akan kembali ke udara dalam radio Molek FM.

SELEPAS enam bulan berehat daripada dunia penyiaran, kini penyampai radio Fizie kembali ke udara di radio Molek FM bermula Ahad depan.

Fizi atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan, 33, mengaku rindu berada di konti dan bersyukur apabila diberi peluang mengendalikan segmen pagi.

"Perasaan saya memang amat gembira dan rindu sebab lama juga saya jadi penyampai radio daripada tahun 2005 sampai 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Hot FM! Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak - “Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok”

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana terselamat, kontrak bersama Hot FM masih ‘valid’ - “Saya menangis Mark Adam dan Fizie pergi serentak”

"Alhamdulillah selepas berehat panjang selama enam bulan akhirnya saya kembali semula menerusi Molek FM.

"Masa saya bekerja dulu saya jarang ambil cuti tu yang rindu dengan kerja sebagai penyampai radio,” katanya kepada mStar.

fizi mek

Fizie akan bergandingan dengan rakan penyampainya Mek Zura dalam Molek Pagi.

Fizie akan ke udara dalam segmen pagi iaitu Molek Pagi bersama rakan penyampai Mek Zura.

Fizie berkata, pada awalnya dia berat hati untuk menerima tawaran itu disebabkan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan berkaitan perniagaan.

Namun, selepas diberitahu bakal bergandingan dengan rakan baiknya iaitu Mek Zura atau nama sebenarnya Siti Azuraina Sheik Omar, dia mempertimbangkan semula tawaran tersebut.

Perasaan saya memang amat gembira dan rindu sebab lama juga saya jadi penyampai radio daripada tahun 2005 sampai 2021.

FIZIE

PENYAMPAI RADIO

"Saya sebenarnya memang nak berehat seketika daripada dunia radio ni sebab nak jadi penyampai radio kena ada komitmen yang sangat tinggi.

"Bila dapat offer ni, agak berat bagi saya untuk kembali ke radio sebab banyak benda lagi belum diselesaikan. Kalau ikutkan hati saya masih nak berehat, enam bulan tu tak cukup.

"Tapi bila disebut nama kawan lama, saya tak dapat nak tolak. Untuk makluman memang kami kawan baik tapi tak pernah bergandingan bersama," ujarnya.

Untuk rekod, Fizie memulakan kerjaya sebagai penyampai Hot FM selama lapan tahun sehingga Julai 2021.

fizi2

Antara penyampai radio lain ialah Kai Hassan dan Izzul.

Molek FM merupakan salah satu stesen di bawah Media Prima Audio (MPA) menyasarkan untuk menjadi stesen radio yang mensasarkan pendengar di Pantai Timur.

Peneraju utama bagi segmen pagi Molek FM ialah Mek Zura dan Fizie yang akan ke udara setiap hari Ahad hingga Khamis jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Segmen seterusnya iaitu Molek 10-3 oleh Mohd Izzul Nazmi Mazri manakala segmen Molek Petang dikendalikan oleh Mat Dan atau nama sebenarnya Tyler Daniel James.

Sementara itu, penyampai Molek FM iaitu Kai Hassan (Abdul Karim Hassan) akan menemani para pendengar menerusi segmen Molek Malam bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Fizie, kembali ke udara, Molek FM

Artikel Lain