suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheng Lian Dilantik Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan meluluskan pelantikan Jessica Chew Cheng Lian sebagai Timbalan Gabenor bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jan, 2018 susulan persaraan Dr Sukudhew (Sukhdave) Singh pada 31 Disember, 2017.

Dalam kenyataan pada Selasa, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, Sukhdave akan menikmati​​​​​​ ​manfaat mengikut terma dan syarat bank pusat itu.

BNM berkata, sebagai Timbalan Gabenor, Cheng Lian akan bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan dan pembangunan sektor kewangan, termasuk sistem pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan kongsi berpusat.

“Beliau ketika ini merupakan Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap pembangunanpengawalseliaan dan dasar dalam sektor perbankan dan insurans yang menumpukan kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, kewangan pembangunan dan pembangunan bakat,” menurut BNM.

Cheng Lian juga akan bertanggungjawab bagi pembangunan dan pengawalseliaan sistem pembayaran​​​​​​​serta pengawasan perniagaan perkhidmatan wang, menurut bank pusat.

Bank pusat berkata, Cheng Lian juga ialah anggota Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa​​​​​​​Kestabilan Kewangan BNM.

Beliau menyertai bank pusat pada 1993 dan merupakan graduan Sarjana Muda​​​​​​​ Perdagangan​​​​​​​ (Perakaunan dan Kewangan) dari University of Melbourne, Australia.

Selaras dengan pelantikan beliau, Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Ghaffour akan mengawasi sektor monetari dan ekonomi, sektor penyeliaan, sektor pelaburan dan operasi, selain LINK dan Pejabat BNM, jabatan kewangan dan undang-undang, menurut BNM.  – Bernama

Cheng Lian, BNM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Celcom Tingkat Perkhidmatan

Artikel Lain