suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet Perak 2018 Dibentang 21 Nov

IPOH: Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet Negeri Perak 2018 akan dibentangkan pada Persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 bermula 21 Nov ini.

Speaker DUN Perak Datuk S. Thangeswary berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang akan diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang berkenaan.

“Kali ini tiada tarikh akhir persidangan ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelancaran mesyuarat. Mungkin akan bersidang selama lima atau enam hari, bergantung pada sesi perbahasan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, Khamis.

Thangeswary berkata, setiap ADUN turut diingatkan supaya bersikap matang dan menjaga tingkah laku sepanjang sesi persidangan DUN.   Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk menyaksikan sesi persidangan DUN Perak secara langsung boleh mengikutinya di  YouTube melalui carian DUN Perak November 2017.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain