suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cosway Tingkat Pembabitan Dalam E-Dagang

LANGKAWI: Syarikat jualan langsung utama, Cosway (M) Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Berjaya,  melancarkan gedung membeli-belah dalam talian, yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk memanfaatkan e-dagangnya.

Pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan berkata selain itu, Cosway juga akan  memulakan pendaftaran dalam talian, bermula Rabu, sebagai satu lagi usaha untuk menguasai penawaran pasaran menerusi pembangunan teknologi digital.

"Generasi muda kini lebih terdedah kepada pasaran dalam talian hasil daripada pengenalan Internet dan telefon bimbit," katanya ketika berucap pada Konvensyen Asia Cosway di sini, Selasa malam.

Beliau berkata syarikat itu yang mengatasi cabaran untuk kekal sebagai peneraju utama entiti pemasaran jualan langsung selama 37 tahun, sentiasa komited kepada perubahan landskap pasaran, dan penglibatannya dalam e-dagang membuktikan komitmennya.

"Kuasa membeli (dalam kalangan pengguna) kini lebih kepada membeli secara dalam talian," katanya. -- Bernama


Cosway, e-dagang

Artikel Lain