suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mata Wang Asing Cukup Untuk Tangani Permintaan - MAMSB

KUALA LUMPUR: Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mata wang asing yang mencukupi di pasaran bagi memenuhi permintaan semasa.

Persatuan itu memberi jaminan bahawa ia memantau pasaran pertukaran mata wang asing di pasaran domestik dengan rapat, dan berkata pengurup wang berlesen dan pemborong mata wang Malaysia akan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani keperluan pengguna.

"Kadar tukaran yang ditetapkan bagi mata wang asing fizikal, yang dijual oleh pengurup wang berlesen, sentiasa mencerminkan permintaan dan keadaan bekalan pasaran runcit," katanya dalam satu kenyataan. 

MAMSB berkata, kadar tersebut ditentukan oleh kuasa pasaran yang bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kos penyumberan untuk mata wang, kos operasi dan permintaan terhadap mata wang.

Sesiapa yang menghadapi kesukaran dalam pertukaran mata wang asing boleh menghubungi persatuan pada talian 03-7722 5808 atau e-mel '[email protected]'.-- Bernama

MAMSB, mata wang

Artikel Lain