suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dura Technology Tubuh Syarikat Usaha Sama Laksana Bisnes Di Kanada

KUALA LUMPUR: Dura Technology Sdn Bhd menubuhkan Dura Concrete Canada Inc (DCI), untuk menggalakkan, mengeluarkan dan menjual formulasi dan teknologi konkrit berprestasi ultra tinggi (UHPC) di Kanada.

Anak syarikat Leweko Resources Bhd, projek baharu itu akan dilaksanakan di bawah usaha sama dengan Facca Incorporated yang berpangkalan di Kanada, yang juga akan mengeluarkan komponen pembinaan berasaskan konkrit menggunakan UHPC untuk dijual di Kanada.

"Modal saham dibenarkan DCI akan terdiri daripada jumlah saham biasa yang tidak terhad dan nisbah pegangan saham pengusaha akan kekal pada 9 (Facca):1 (Dura Technology)," menurut Leweko Resources dalam kenyataan Bursa Malaysia, Isnin. 

Katanya Dura Technology dan Facca akan mengendalikan DCI berasaskan 'untuk keuntungan', mengambil kira semua keadaan pasaran dan ekonomi sedia ada di Kanada dari semasa ke semasa. 

Leweko Resources berkata perniagaan tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan itu pada masa akan datang.-- Bernama

 

Dura Technology, Kanada

Artikel Lain