suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noraida Mohd Yusof Dilantik Pengurus Besar PKNS

SHAH ALAM: Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof dilantik sebagai Pengurus Besar baharu perbadanan itu berkuat kuasa Jumaat lepas.

Noraida, 58, menggantikan Azlan Md Alifiah yang tamat perkhidmatan secara pinjaman pada 31 Julai lepas.

Menurut PKNS, Noraida yang berkhidmat dengan PKNS hampir 32 tahun mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang memegang tampuk utama PKNS.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, pengurusan hartanah serta sumber manusia. 

Beliau turut memiliki Sarjana Eksekutif Antarabangsa Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Paris Graduate School of Management dan Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Hartanah) dari Euregio Management School of Stitching Euregio University College, Belgium.-- Bernama


Noraida Mohd Yusof, PKNS

Artikel Sebelum

Artikel Lain