suria

IPO Samsung BioLogics Dijangka Meningkat AS$2 Bilion Di Korea Selatan

SEOUL: Samsung BioLogics Co Ltd, pengeluar kontrak ubat bagi firma farmaseutikal secara global memaklumkan tawaran umumnya dijangka meningkatkan Saham Terbitan Awam (IPO) sebanyak AS$2 bilion.

Penyenaraian itu bertujuan bagi membiayai usaha mengembangkan kapasiti pengeluaran syarikat sebagai pengeluar kontrak terbesar di dunia.

Tawaran sebanyak 17 peratus daripada syarikat dijangka memperoleh saham baharu sebanyak 11 juta dan jualan saham Samsung Electronics Co Ltd. sedia ada sebanyak 5.5 milion.

Harga indikatif setiap saham bermula dari 113,000 won sehingga 136,000 won, dan tawaran dijangka meningkat kepada 2.25 trilion won (AS$2 bilion).

Menurut BioLogics, 780 bilion won akan digunakan untuk pelaburan kilang, dan 400 bilion won akan dilaburkan kepada unit pembangunan ubatan biosimilar Samsung Bioepis.

BioLogics akan mengumumkan harga terakhir bagi IPO pada 28 Oktober ini.



IPO, Samsung BioLogics

Artikel Berikut

Artikel Lain