suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunway Buka Pejabat Jualan Serantau Di Shanghai

KUALA LUMPUR: Sunway Hotels  and  Resorts membuka pejabat jualan serantaunya di Shanghai, China, mewakili 11 hotel dan resort di Malaysia, Kemboja dan Vietnam, dalam usaha sama dengan Century Holiday International Travel Group dari China.

Dalam satu kenyataan, bahagian hospitaliti konglomerat Malaysia, Sunway Group berkata, syarikat menyasar untuk mencapai pertumbuhan hasil jualan dua angka bagi hotelnya daripada pasaran pelancongan rakyat China ke luar negara yang semakin berkembang dan pesat.

"Oleh kerana pelancong dari China semakin menambah permintaan bagi pengalaman baru, hotel kami telah menyiapkan pelbagai kerja menaik taraf dan pengubahsuaian.

"Kerjasama dengan Century Holiday akan memberi peluang kepada Sunway untuk mendapat manfaat yang besar daripada jumlah pelancong dari China bagi semua segmen pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Albert Cheong. -- Bernama




Sunway Group, China, Albert Cheong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain