Agrobank Perkenal Agro Bakti Bantu Usahawan OKU - Niaga | mStar

Agrobank Perkenal Agro Bakti Bantu Usahawan OKU

PUTRAJAYA: Agrobank pada Selasa melancarkan program pembiayaan mikro, Agro Bakti, khusus untuk membantu usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalankan atau mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Program pembiayaan dengan dana permulaan sebanyak RM5 juta itu dilancarkan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini.

Ahmad Shabery berkata program Agro Bakti itu menyediakan pembiayaan mikro dengan jumlah minimum RM3,000 sehingga RM50,000 tanpa sebarang cagaran, manakala kadar keuntungan kekal pada 5.5 peratus.

"Dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun, program ini terbuka kepada golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana pertubuhan OKU yang berdaftar," katanya pada sidang media selepas pelancaran itu.

Ahmad Shabery berkata antara syarat permohonan ialah OKU perlu menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya setahun dari tarikh memohon.

Sementara itu, Rohani yang mengalu-alukan pelancaran Agro Bakti berkata ia dapat meningkatkan pendapatan usahawan OKU.

Selain mampu memberi inspirasi kepada OKU menceburi perniagaan, program itu juga bakal memberi peluang kepada 256 usahawan OKU sedia ada untuk memperkasa dan mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi, katanya.

Rohani berkata kementerian itu juga menyasarkan untuk mendaftar sejuta OKU di bawah JKM dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada 365,000 orang ketika ini.

Agrobank , Agro Bakti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain