suria

OCBC Al-Amin Buka Cawangan Di Sibu

KUALA LUMPUR: OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) mahu meningkatkan tahap penawaran perbankan Islamnya menerusi pembukaan cawangan di Sibu, Sarawak, Selasa.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata cawangan itu memberi tumpuan ke atas produk dan perkhidmatan perbankan Islam untuk segmen mewah di rantau ini.

"Peluasan ke Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada strategi utama kami dalam pembangunan rangkaian perbankan sejak awal lagi.

"Menerusi pembukaan pusat perbankan Islam pertama di Sarawak hari ini, kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih tinggi dari segi penawaran perbankan utama.

Kami melihat Sibu sebagai pusat untuk sampai ke pasaran persekitaran di Sarawak," katanya.

OCBC Al-Amin secara progresif berjaya membangunkan 49 produk stabil yang membabitkan 15 prinsip utama pematuhan Syariah, daripada penawaran deposit dan kewangan biasa sehingglah kepada penyelesaian perbankan pelaburan.

OCBC Bank ialah bank tertua yang dibuka di Singapura dan kumpulan perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset, dengan penarafan Aa1 daripada Moody's. 

OCBC Al-Amin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain