suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedco Perluas Bazar Masjid Tahun Depan

Datuk Seri Nasir Tun Sakaran

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) akan melaksanakan Bazar Masjid membabitkan dua lokasi masing-masing di Masjid Negeri Kota Kinabalu dan Masjid Daerah Sandakan pada tahun depan.

Pengerusinya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata konsep itu diperluas antara lain bertujuan membantu masyarakat Bumiputera Islam mempertingkat pendapatan menerusi perniagaan selain mengimarahkan suasana persekitaran masjid.

Setakat ini, konsep Bazar Masjid itu telah dijalankan secara harian di tiga lokasi iaitu Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas, Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang dan masjid di daerah Ranau, katanya.

"Bazar Masjid ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan berdasarkan prestasi (bazar) di masjid terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Sedco di sini, Selasa.

Nasir berkata anak syarikat Sedco, Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Sedcovest) juga akan terus melaksanakan program pembangunan keusahawanan pada tahun depan bagi membantu Bumiputera negeri ini berkecimpung dalam bidang itu.

Terdahulu, Nasir menyerahkan zakat perniagaan Sedco berjumlah RM200,000 kepada Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Mohd Suhaili Said, yang turut disaksikan Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifuddin Pg Tahir.

Sedco, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

OCBC Al-Amin Buka Cawangan Di Sibu

Artikel Lain