Pantai Holdings Berhad Cadang Buka Cawangan Di Pantai Timur - Niaga | mStar

Pantai Holdings Berhad Cadang Buka Cawangan Di Pantai Timur

NUSAJAYA: Pantai Holdings Berhad bercadang untuk membuka cawangan hospitalnya di negeri Pantai Timur pada masa depan.

Pengerusinya, Datuk Khairil Anuar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan potensi pasaran di negeri tersebut dan dorongan untuk mengukuhkan jenama 'Pantai dan Gleneagles' yang dibawakan kumpulan itu.

"Memang ada perancangan ke arah itu, namun ketetapan jenama dan bila ia akan dilaksanakan masih belum dimuktamadkan," katanya pada sidang media sempena lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim ke Hospital Gleneagles Medini di sini, Khamis.

Khairil berkata, setakat ini, Pantai Holdings telah membuka 14 buah hospital di seluruh negara dengan yang terbaharu, Gleneagles Kota Kinabalu dan Gleneagles Medini, masing-masing dibuka pada Mei dan 11 November lepas.

"Jenama Pantai dan Gleneagles bukan lagi satu jenama asing kepada rakyat Malaysia. Ia sudah berada dalam industri ini (kesihatan) sejak bertahun lamanya dan disebabkan itu, kita yakin dapat memenuhi kehendak negeri di Pantai Timur," katanya.

Sementara itu, Ismail menyifatkan penubuhan Gleneagles Medini adalah tepat pada masanya untuk meneroka pasaran pelancongan perubatan yang berkembang pesat terutamanya dalam kalangan pesakit dari Singapura, Indonesia dan beberapa negara Asean.

"Dengan kemasukan Gleneagles, kita kini mempunyai rantaian hospital pakar yang memberangsangkan di Johor, dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri untuk memenuhi segmen pasaran yang berbeza," katanya.

Gleneagles Medini yang dibangunkan dengan kos RM400 juta, terletak di tanah seluas enam hektar di tengah-tengah Iskandar Malaysia - sebuah hab ekonomi yang sedang membangun pada masa ini.

Sejak beroperasi, Gleneagles Medini telah menarik hampir 600 pesakit kebanyakannya dari Singapura.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain