suria

Holiday Villa Cari Projek Di Makkah

KUALA LUMPUR: Holiday Villa Hotels and Resorts, yang telah memperbaharui perjanjian pelesenan hotel dengan rakan Arab, kumpulan Manazeli Hotel, untuk operasi Holiday Villa Madinah Al-Munawarah yang kini memasuki tahun keenam, akan meneruskan dua lagi projek secara bersama di Makkah.

Pengerusi Tan Sri Azman Shah Harun, berkata projek-projek itu terdiri daripada sebuah hotel baharu dan satu lagi projek yang beliau enggan dedahkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis ramah mesra khas bersama-sama dengan Pengerusi Holiday Villa Madinah Al-Munawarah, Jehad Nazerserta berserta beberapa buah agensi umrah dan haji tempatan.

Menurut Jehad pula, hotel tersebut yang dikenali sebagai Bakkah Holiday Villa akan dibuka dalam tempoh dua bulan lagi.

"Bakkah adalah nama lama Mekah. Ia adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang dengan 160 bilik," katanya.

Beliau ketika bercakap mengenai Holiday Villa Madinah, memberitahu : Ia merupakan hotel lima bintang dengan 331 bilik dan suite.

Kadar penginapan hotel itu secara purata berjumlah 65 peratus dan akan mencapai 100 peratus semasa musim puncak.

Sebanyak 35 peratus dari segi komposisi tetamu terdiri daripada rakyat Turki, manakala selebihnya merupakan campuran rakyat Malaysia, Indonesia, Mesir dan lain-lain.

Pada majlis itu, Jehad juga menjawab soalan daripada agen umrah dan haji mengenai operasi hotel dan memberi jaminan, prestasi akan menjadi lebih baik.-- Bernama


Holiday Villa, Makkah

Artikel Berikut

Artikel Lain