suria

Produk Baru Pizza Hut Akan Sumbang 10 Peratus Jualan

KUALA LUMPUR: Pizza Hut Malaysia menjangka promosi terbarunya, Triple Box akan menyumbang lebih 10 peratus kepada jumlah perolehan mulai hari ini sehingga akhir Disember.

Triple Box menawarkan hidangan pencuci mulut yang menyelerakan, iaitu kek coklat moist ditambah dengan dua pilihan piza saiz biasa dalam kotak istimewa pada harga RM49.90.

Dengan pelancaran Triple Box hari ini, Pizza Hut telah berjaya melancarkan tujuh produk baharu tahun ini.

Sebelum Triple Box, Pizza Hut telah melancarkan 'Signature Series BIG' pada September lepas.

"Kami ingin menawarkan pelanggan kami dengan kepelbagaian cita rasa pada harga terbaik. Dengan itu lahirlah idea untuk mencipta Triple Box," kata Pengurus Besar, Pizza Hut Delivery, Jerry Loo kepada Bernama selepas pelancaran hidangan baharu berkenaan.

Menurutnya, Triple Box akan menarik mereka yang datang secara berkumpulan dan sentiasa mencari nilai terbaik tanpa perlu menjejaskan kualiti dan pilihan masing-masing.

Pizza hut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FGV Selesai Penjualan TRT-ETGO

Artikel Lain