suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAB Perkenal Tempat Duduk Kelas Perniagaan A330

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAB) memperkenalkan tempat duduk kelas perniagaan A-330-300 baharu pada Pasaran Pengembaraan Dunia di London, pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MAB berkata pelanggan berpeluang menikmati keselesaan tempat duduk yang direka dengan ruang luas untuk bekerja, bermain atau tidur itu bermula April 2016.

"Semua tempat duduk kelas perniagaan A330 akan menampilkan tempat tidur yang mendatar sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada penumpang kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB Group Christoph Mueller.

Menurut kenyataan itu, semua 15 pesawat A330-300 milik MAB akan dipasang tempat duduk baharu tersebut menjelang September 2016.

Pada masa ini, pesawat A330-300 MAB dilengkapi 27 tempat duduk kelas perniagaan dan 263 untuk kelas ekonomi.

MAB

Artikel Sebelum

FGV Selesai Penjualan TRT-ETGO

Artikel Berikut

Artikel Lain