Sime Lancar Program Pembangunan Vendor Bumiputera - Niaga | mStar

Sime Lancar Program Pembangunan Vendor Bumiputera

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd telah melancarkan Program Pembangunan Vendor Bumiputera (PPVB) bagi meningkatkan jumlah vendor Bumiputera yang diluluskan kepada 30 peratus.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Sime Darby berkata, PPVB dibentuk untuk syarikat Bumiputera tertentu membangunkan keupayaan mereka dalam perkongsian dengan syarikat multinasional yang pelbagai.

Menurutnya, ketika fasa pembangunan, vendor terpilih akan membekalkan barangan dan perkhidmatan yang strategik kepada keperluan Sime Darby untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

"Prestasi mereka akan dipantau dan Sime Darby juga akan membantu mereka mendapatkan bantuan kewangan dan latihan daripada agensi kerajaan, institusi kewangan serta agensi teknikal sah.

"Selepas menamatkan program ini, vendor terbabit akan diiktiraf sebagai Vendor Pilihan Sime Darby yang akan memberi peluang kepada mereka terlibat dalam projek di masa depan," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, kumpulan itu akan terus membantu vendor Bumiputera dalam program ini menjadi lebih kompetitif di pasaran tempatan dan global.

"Sime Darby telah melaksanakan program ini sejak 2008 dan ia kini mempunyai 19 syarikat dikenali sebagai 'pembekal pilihan kepada bahagian hartanahnya.

"Sejajar dengan pelan kerajaan yang memerlukan syarikat berkaitan kerajaan mempunyai PPVB, Sime Darby telah mengguna pakai rangka kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk PPVB dengan penambahbaikan daripada dasar syarikat ini sendiri," katanya.-- Bernama

Sime Darby , vendor , Bumiputera

Artikel Sebelum

PMI Pembuatan China Susut Ke Paras Terendah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain