suria

Perfect Living '15: Pengunjung Berpeluang Peroleh Hadiah Menarik

KUALA LUMPUR: Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-menarik di pameran gaya hidup dan kediaman di Perfect Living '15 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Bagi 2015, pengunjung yang mendaftar di kaunter yang disediakan bakal berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke Itali.

Pengarah Urusan I.Star Ideas, Datuk Adriana Law berkata, buat pertama kali ini Perfect Living menawarkan tiket penerbangan kepada pengunjung pameran tersebut.

"Kami akan mengumumkan pemenang selepas pameran kedua Perfect Living pada November.

"Kami juga menjangkakan lebih ramai penaja akan menyertainya di mana nilai hadiah mungkin meningkat dari RM500,000 sehingga RM600,000," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pada Khamis.

Tambahnya lagi, pameran tersebut bakal menampilkan lebih daripada 1,250 gerai yang menawarkan pelbagai produk yang terdiri daripada perabot, perkakasan rumah dan hiasan.

Sementara itu, Perfect Living '15 berlangsung sehingga Ahad dan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.


Perfect Living, PWTC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain