suria

Kad Debit BSN Batman Rangkul Anugerah Visa Malaysia 2015

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) berjaya merangkul dua anugerah berprestij pada Malam Penghargaan Pelanggan Visa Malaysia 2015 baru-baru ini.

Keunggulan Kad Debit BSN Batman yang dilengkapi dengan Visa PayWave membuahkan hasil apabila berjaya merebut dua anugerah berprestij iaitu Pelancaran Debit Visa Paling Cemerlang dan Pengeluar Terbesar Kad Debit Visa Paywave menerusi kategori Visa Inovasi.

Tambahan lagi, Kad Debit Visa PayWave BSN yang diperkenalkan pada Disember 2013 dan dilancarkan pada June 2014 adalah kad debit pertama dalam pasaran yang mempunyai keunikan tersendiri.

Lebih menarik apabila ia disertakan dengan sistem Multi-Permohonan lima dalam satu (5-1) yang berkaitan akaun simpanan BSN (Giro atau Giro-i).

Sama seperti kad debit visa lain yang mempunyai kemudahan Meps, Touch 'n Go, e-wallet, PLUSMiles dan Program Kesetiaan BCard, kad debit yang mempamerkan watak adiwira tersebut turut dilengkapi teknologi tanpa sentuh Visa payWave, disamping menawarkan kemudahan dan transaksi yang lebih cepat kepada pengguna.

Setakat ini, BSN berjaya mencapai lebih daripada sejuta pengguna Kad Debit Visa PayWave BSN dalam tempoh setahun, disamping menjadi pengeluar terbesar kad debit Visa PayWave di Malaysia.

BSN kini berada pada tahap membanggakan dalam kalangan institusi kewangan lain di negara ini selepas menerima pengiktirafan berprestij tersebut.

Sementara itu, kad debit Visa PayWave juga merupakan satu-satunya kad yang direka untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa pengguna disamping terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain