suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PHB, Maybank Umum Agihan Pendapatan

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd pada Rabu mengumumkan pengagihan pendapatan interim sebanyak 3.30 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi 2015.

Pengagihan pendapatan itu bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2015, menurut mereka dalam kenyataan bersama.

Pengagihan pendapatan AHB dikecualikan cukai tetapi perlu dibayar zakat.

"Ia akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 15 April, 2015. Bagi ahli skim pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP," katanya.

AHB merupakan dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka.

Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank di seluruh negara.

PHB, Maybank

Artikel Berikut

Artikel Lain