HLB Sasar 50 Peratus Pelanggan Runcit Guna Aplikasi Mudah Alih - Niaga | mStar

HLB Sasar 50 Peratus Pelanggan Runcit Guna Aplikasi Mudah Alih

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank (HLB) menyasar 50 peratus daripada tiga juta pelanggan runcitnya menggunakan aplikasi mudah alih di bawah platform perbankan digital Connect dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, pengguna telefon pintar mencakupi 63 peratus daripada pasaran Malaysia.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang daripada setahun HLB memiliki kira-kira  80,000 pengguna aktif menggunakan sistem perbankan aplikasi mudah alihnya yang dipanggil PEx (Payment Express).

"Hong Leong Connect PEx membolehkan pengguna menghantar wang ke mana-mana penerima dengan menggunakan nombor telefon mudah alih mereka tanpa mengira sama ada mereka mempunyai akaun HLB atau tidak.

"Bukan pemegang akaun HLB boleh mengambil wang mereka sama ada menerusi mesin auto teler HLB, atau melayari laman web kami untuk mendapatkannya dan meletakkannya dalam akaun pilihan mereka," katanya pada taklimat media bagi memperkenalkan perkhidmatan pembayaran PEx+, di sini, Rabu.

PEx+ ialah lanjutan aplikasi Connect Mobile bagi perkhidmatan pembayaran runcit yang membolehkan pelanggan HLB membayar pembelian mereka menerusi teknologi telefon pintar.

Raja Teh Maimunah berkata PEx+ berfungsi sebagai e-Dompet dan memudahkan urus niaga tanpa tunai dan tanpa kad dan akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan terutamanya bagi peniaga. -- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?