suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mitsubishi Motors Umum Harga Baharu Kenderaan

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors yang juga pengedar rasmi kenderaan itu di Malaysia, mengumumkan harga baharu kenderaannya yang dikurangkan antara RM200 hingga RM2,000 seunit selaras pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rabu.

Dalam satu kenyataannya, syarikat itu berkata, harga baharu itu merangkumi semua model kereta dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan komponen terurai (CKD).

"Harga baharu bagi model Mirage GS adalah RM63,740 iaitu kurang RM200 daripada harga asal RM63,940.

"Bagi Pajero, harga baharunya dikurangkan RM2,000 iaitu RM289,177 berbanding RM291,177 sebelum ini.

"Kesemua harga ini termasuk caj CBP sebanyak enam peratus dan harga atas jalan ini adalah tanpa insurans," katanya.-- Bernama


Mitsubishi Motors, GST, Mirage

Artikel Lain