suria

Harga Minyak Turun: Untung Sebelum Cukai Petronas Susut Kepada RM77.8 Bilion

KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, susut kepada RM77.7 bilion berbanding RM94.3 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Perolehan bagaimanapun meningkat sebanyak 4.0 peratus kepada RM329.1 bilion daripada RM317.3 bilion sebelumnya, kata Ketua Pegawai Kewangannya Datuk George Ratilal dalam pengumuman keputusan kewangan kumpulan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah itu disebabkan oleh harga minyak yang rendah.

Petronas, George Ratilal

Artikel Lain