Veritas Design Optimistik Dengan Prospek 2015 - Niaga | mStar

Veritas Design Optimistik Dengan Prospek 2015

KUALA LUMPUR: Veritas Design Group, yang merupakan sebuah syarikat arkitek dalam pelbagai displin termasuk rekaan dalaman dan sebagai juga firma perancangan tetap optimistik dengan prospek tahun ini walaupun berhadapan dengan pasaran global yang tidak menentu.

Presiden Kumpulan, David Mizan Hashim, berkata syarikat tetap sibuk dalam tahun ini terutama selepas berjaya meraih beberapa projek di Timur Tengah, India dan Australia.

"Kami mempunyai beberapa projek baharu yang akan merangsang momentum syarikat. Sebagai contoh, kami baharu sahaja menandatangani kontrak untuk sebuah resort besar di Arab Saudi dan kami sedang mengusahakan hotel kedua kami di Dubai," katanya.

David Mizan berkata Timur Tengah merupakan pasaran terpenting syarikat itu.

Sumbangan Veritas dalam bidang reka bentuk diiktiraf dengan sejumlah anugerah antarabangsa, ia turut berkembang ke India selepas satu kerjasama dengan pemaju tempatan, Dhingra Developer, bagi pembinaan satu kediaman pinggir desa.

Katanya lagi, bagaimanapun, pasaran Malaysia kekal sebagai sumber terbesar pendapatan syarikat di mana ia menyumbang sebanyak 90 peratus jumlah dagangan dan beberapa buah projek lain sedang diusahakan secara dalaman.

Antara projek utama yang sedang dikendalikan dan dijangka siap dalam tahun ini termasuklah bangunan enam tingkat di Shah Alam untuk ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, ibu pejabat YTL (menara pejabat 30 tingkat) dan DRB Tun Razak (menara pejabat 41 tingkat).

"Dengan kebanjiran pemaju asing dari China, Taiwan dan juga Russia, kami melihat peluang untuk bekerjasama dengan mereka dan untuk menyokong industri pelaburan hartanah di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, David Mizan mendedahkan bahawa syarikat itu telah menyemak semula sasaran jumlah dagangan kepada 10 peratus tahun ini memandangkan ketidaktentuan pada ekonomi global, selepas mengekalkan pertumbuhan sebanyak 15-20 peratus dalam tahun-tahun sebelum ini.

Veritas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mudajaya Catat Kerugian Sebelum Cukai RM62.73 Juta

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain