suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MIFF Terus Peroleh Keutamaan

KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) terus mendapat keutamaan antarabangsa.

Acara selama lima hari mulai 3 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini, menampilkan 500 peserta pameran dari 14 negara, termasuk China, Taiwan, Bulgaria dan Amerika Syarikat.

Lima seminar dari 4 hingga 6 Mac akan menekankan trend semasa dan membolehkan peserta menemui pakar-pakar industri antarabangsa.

Tahun lepas, MIFF menarik 503 peserta pameran dari 12 negara dan mencatat jumlah dagangan sebanyak US$892 juta, kata penganjur, UBM Malaysia, dalam kenyataan.

Pengurus Besar MIFF Karen Goi berkata tanda-tanda pemulihan dalam permintaan global memberikan momentum tambahan kepada acara pada tahun ini.

"Produk-produk inovatif di MIFF 2015 juga akan memberi ruang bagi peluang perniagaan sebenar," katanya.

MIFF, Matrade, perabot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zahrah CEO Baharu SSM

Artikel Lain