suria

Pembangunan Forest City Dikecilkan, GDV Dikurangkan

Projek Forest City membabitkan empat pulau di Selat Johor.

JOHOR BARU: Projek pembangunan Forest City, saiz  yang dikecilkan sebanyak dua kali ganda, dijangka menyaksikan nilai pembangunan kasar (GDV) berkurangan antara 20 dan 30 peratus daripada anggaran awal RM600 bilion.

Projek itu kini dikecilkan kepada 592 hektar daripada 1,386 hektar sebelum ini. Ia pada awalnya dirancang untuk pembangunan di tapak dengan keluasan 1,978 hektar.

"Sebaik sahaja kami melakukan pengiraan, kami akan mengumumkan kos baharu.

Kami menjangka sedikit pengurangan daripada kos asal," kata Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Datuk Md Othman Yusuf semasa majlis makan tengah hari bersama media di sini, Isnin.

Beliau berkata, anggaran tersebut akan berdasarkan keluasan kasar lantai yang terbaharu.

Forest City membabitkan penambakan dan pembangunan kawasan yang besar dalam tempoh tiga dekad di Selat Johor, melibatkan pembinaan empat pulau buatan manusia. 

Artikel Berikut

MIFF Terus Peroleh Keutamaan

Artikel Lain