suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gamuda Dipilih Kontraktor Terbaik 2014

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memilih Gamuda sebagai kontraktor terbaik 2014 di Malaysia dalam senarai Penarafan Daya Saing bagi Peningkatan (Score) bagi syarikat pembinaan.

Dalam satu kenyataan Khamis, CIDB berkata, ia juga memberikan penarafan lima bintang ke atas Gamuda, yang menjadi antara 7,215 kontraktor yang dinilai sejak Score diperkenal pada 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata penarafan itu menunjukkan bahawa kontrak terbabit cekap dalam tujuh bidang prestasi perniagaan, keupayaan kewangan, teknikal, pengurusan projek, pengurusan pemerolehan dan amalan terbaik, selain keupayaan pengurusan dalam pembinaan.

"Pemilihan itu adalah perakuan dan penarafan tertinggi lima bintang pertama ke atas syarikat pembinaan Malaysia menerusi program Score, sejak program itu dilancarkan pada 2008.

"Kami berharap penganugerahan penarafan lima bintang yang pertama ini akan mendorong syarikat pembinaan yang lain meningkatkan kecekapan dalam bidang yang dikenal pasti untuk ditingkatkan menerusi program Score," katanya.
Gamuda, CIDB, Judin Abdul Karim

Artikel Lain