suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Syarikat Saudee Meterai Perjanjian Pembekalan

KUALA LUMPUR: Perusahaan Saudee Sdn Bhd (PSSB), unit milik penuh Saudee Group Bhd, memeterai perjanjian pembekalan dengan MyAngkasa Holding Sdn Bhd untuk membekal dan menghantar produk MyAngkasa.

Produk akan dihantar ke MyAngkasa, pengedar yang dilantiknya dan mana-mana pihak yang dibenarkan oleh MyAngkasa di bawah jenama dan label MyAngkasa, kata Saudee dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Rabu.

Menurutnya kontrak yang berkuat kuasa hari ini akan tamat pada 27 Januari 2017.

Ia berkata, satu lagi unit milik penuhnya, Saudi Cold Storage Sdn Bhd (SCSSB), turut memeterai perjanjian tahap perkhidmatan dengan MyAngkasa hari ini bagi membeli barangan daripada SCSSB dari semasa ke semasa untuk dihantar ke pelbagai koperasi di Semenanjung Malaysia.

Saudee Group Bhd, MyAngkasa

Artikel Lain