Imej Baharu Pos Malaysia Lebih Moden, Progresif - Niaga | mStar

Imej Baharu Pos Malaysia Lebih Moden, Progresif

Petugas Pos Malaysia, Nurrul Ilmiah Zawawi menunjukkan logo baharu Pos Malaysia pada majlis pelancaran identiti jenama baru Pos Malaysia Ibu Pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur, Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Identiti korporat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang baharu diketengahkan pada Khamis dengan pengenalan logo 'anak panah Fast Forward' yang lebih moden, sekali gus melambangkan imej organisasi itu yang berpandangan jauh dan lebih progresif.

Pembekal perkhidmatan pos terulung negara yang mula menawarkan perkhidmatan pos asas pada tahun 1800 ini melakukan transformasi dengan matlamat memberi perkhidmatan berinovatif dan lebih berkualiti terhadap pelanggannya.

Selain logo yang turut menggambarkan penglibatan digital jenama itu pada abad ini, laman web Pos Malaysia juga diberikan sentuhan baharu yang lebih mesra pelanggan di samping visi yang diperbaiki bagi menerangkan peranan keseluruhan Pos Malaysia, Misi dan nilai-nilai serta pengenalan pakaian seragam baharu.

"Kami adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia, seumpama gam yang menyatukan dan pada masa sama membuka peluang-peluang baharu untuk masa depan.

"Kami mahu mempamerkan identiti yang bersepadu bagi seluruh segmen perniagaan kami yang berbeza. Perubahan ini membuktikan usaha berterusan untuk memastikan perniagaan kami berpaksikan kepada para pelanggan dan menjadi pusat tumpuan dalam segala yang kami lakukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Iskandar Mizal Mahmood ketika majlis pelancaran itu.

Katanya, jenama memainkan peranan dalam pasaran yang sangat kompetitif ini, justeru pelan jangka panjang baharu dicipta yang dapat meningkatkan tahap relevan dan daya saing kepada pelanggan.

Tambahnya, cawangan pos juga diberi nafas baharu, selain pelbagai produk diperkenalkan di bawah satu bumbung serta memperkenalkan penyelesaian penghantaran berpatutan seperti Flexipacks Domestic dan International.

"Pos Malaysia mahu terus berada dekat dengan pelanggan dan memenuhi gaya hidup mereka, membolehkan mereka menikmati kemudahan sehenti melalui cawangan-cawangan dan salurannya di seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain