Fama Sasar RM30 Juta Hasil Jualan Pasar Tani Di Terengganu Tahun Ini - Niaga | mStar

Fama Sasar RM30 Juta Hasil Jualan Pasar Tani Di Terengganu Tahun Ini

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjangka jualan pasar tani harian di Terengganu meningkat melebihi RM30 juta tahun ini.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata, jangkaan ini berikutan beberapa buah pasar tani baharu akan mula beroperasi tahun ini.

"Kita rancang tiga buah lagi pasar tani baharu akan wujud tahun ini menjadikan kesemuanya 20 buah," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Menurut beliau mengikut perancangan, pasar tani baharu itu di Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut yang setiap satu dapat memberi manfaat kepada 50 orang peniaga.

Beliau berkata, selain pasar tani harian, pihaknya juga merancang akan membina pasar tani kekal di Kampung Nyior Tujuh, Besut dan Kerteh, Kemaman.

Katanya, pasar tani kekal itu masing-masing dianggarkan menelan belanja RM1.5 juta sebuah dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Dalam pada itu Hasan berkata pihaknya telah berjaya melepasi sasaran nilai jualan pasar tani sebanyak RM25.9 juta sehingga November tahun lepas.

"Oleh kerana kira-kira untuk bulan Disember belum siap, kita jangka kita boleh capai jualan melebihi RM30 juta tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti jualan di pasar tani.

Fama , Terengganu , Hasan Jusoh

Artikel Berikut

UMW Sumbang RM938,000 Kepada Mangsa Banjir

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa