suria

Handal Meterai Perjanjian Dengan PLISB Bagi Penyediaan Kerja EPCC

KUALA LUMPUR: Handal Resources Bhd memeterai perjanjian tambahan dengan Petronas Lubricants International Sdn Bhd (PLISB) bagi penyediaan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC).

Handal merupakan penyedia perkhidmatan kren luar pantai bersepadu.

Diberikan kepada unit milik penuh Handal, Handal Engineering Sdn Bhd (HESB), tambahan tersebut akan menyediakan lanjutan kepada kontrak EPCC kumpulan itu daripada PLISB pada 2010.

Ia merangkumi penyediaan kerja-kerja EPCC bagi 22 unit tangki simpanan baharu di Loji Campuran Lube Melaka Petronas.

"HESB akan segera memulakan kerja-kerja yang dijadualkan dengan nilai RM4.5 juta yang akan diserahkan dalam tempoh kira-kira sembilan bulan," menurut Handal dalam satu kenyataan.

Projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain