suria

MAS Minat Kongsi Kod Laluan Domestik Dengan Jet Airways India

NEW DELHI: Penerbangan Malaysia (MAS) sudah memulakan rundingan bagi perjanjian perkongsian kod penerbangan dengan syarikat penerbangan India, Jet Airways, membabitkan laluan penerbangan domestik, terutama di bandar kecil.

Akhbar Financial Chronicle, melaporkan hari ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia sudah mendapatkan penjelasan berhubung perkongsian kod oleh kedua-dua penerbangan berkenaan bagi laluan domestik.

"Pihak kementerian memaklumkan kami yang MAS dan Jet Airways amat berminat untuk memeterai perjanjian perkongsian kod bagi laluan domestik, terutama di bandar kecil," kata laporan yang memetik sumber enggan dikenali itu.

Perjanjian perkhidmatan udara dua negara antara Malaysia dan India, membenarkan penerbangan daripada kedua-dua negara menjalankan operasi sebanyak 20,670 kerusi seminggu yang merentasi pelbagai bandar.

"India adalan antara pasaran penerbangan utama bagi MAS dan segmen yang dimiliknya mencatat pertumbuhan baik," kata laporan itu.

MAS, Jet Airways, India, kod laluan

Artikel Lain