suria

Softbank Corp Labur US$250 Juta Dalam MyTeksi

KUALA LUMPUR: SoftBank Corp akan melabur sebanyak US$250 juta dalam MyTeksi (Grabtaxi di luar Malaysia), aplikasi tempahan teksi mudah alih yang terbesar di Asia Tenggara.

Naib Pengerusi Softbank Corp dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Softbank Internet and Media Inc, Nikesh Arora, dalam satu kenyataan, berkata dalam dua tahun sahaja, MyTeksi telah menjadi peserta dominan dalam industri aplikasi tempahan teksi mudah alih di rantau ini.

Pengasas MyTeksi dan CEO Kumpulan, Anthony Tan, berkata syarikat teruja untuk mengakhiri tahun pertumbuhan yang cemerlang ini dengan pembiayaan daripada Softbank.

"Ini akan membantu misi kami untuk merevolusi dan membaiki cara warga Asia Tenggara berulang-alik dengan lebih agresif berbanding sebelum ini," katanya.

Dilancarkan dalam 2012, MyTeksi kini berkhidmat di 17 bandar di enam negara iaitu Malaysia, Filiphina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.
Softbank, MyTeksi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain