suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petronas Perkenal Minyak Kenderaan Berat, Lasak

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants International memperkenal minyak enjin diesel untuk kenderaan berat dan lasak pertamanya 0W-20 baru-baru ini, Petronas Urania Next 0W-20 bagi enjin generasi Euro VI yang baharu.

Petronas dalam kenyataan hari ini berkata pelincir enjin itu merupakan hasil daripada kerjasama teknikal jangka panjang Petronas Lubricant International dengan Iveco, jenama global dalam pembuatan enjin diesel dan trak.

Petronas Urania Next 0W-20, yang dibangunkan secara eksklusif bagi kumpulan global Iveco, adalah layak untuk Iveco Standard 18-1804 TLV LS, dan akan meningkatkan ekonomi bahan api dengan penjimatan sehingga 2.5 peratus dalam keadaan operasi kenderaan tertentu.

"Kami memastikan kualiti produk memenuhi keperluan tertentu rakan kongsi kami, yang menjadi falsafah kami bagi kerjasama teknologi.

"Petronas Urania Next 0W-20 yang menjadi perintis dalam industri merupakan bonus tambahan dan pencapaian teknologi kami yang dapat dibanggakan," kata Ketua Kumpulan Teknologi Petronas Lubricants International, Dr Andrew Holmes

Pemilihan produk Petronas Urania bukan sahaja mencadangkan pelincir enjin bagi pelbagai kenderaan komersil ringan dan berat Iveco, tetapi juga digunakan oleh Pasukan Petronas Dee Rooy Iveco untuk bersaing dalam perlumbaan Dakar 2015.

Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain