suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Mulakan Perkhidmatan Ke Kota Baharu

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan memulakan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Kota Baharu mulai Ahad.

Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada 7 pagi dan tiba di Kota Baharu pada 7.55 pagi manakala penerbangan balik berlepas pada 8.45 pagi dan tiba pada 9.45 pagi.

"Perkhidmatan itu diwujudkan berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk penerbangan ke ibu negeri Kelantan itu," kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Tambang promosi bermula daripada RM69 sehala, termasuk peruntukan bagasi percuma seberat 15 kilogram serta minuman.

Untuk maklumat lanjut, layari www.malindoair.com, Twitter twitter.com/Malindo_Air), Facebook (facebook.com/MalindoAirMalaysia) atau Instagram (instagram.com/MalindoAir).

Malindo Air ialah syarikat penerbangan hibrid Malaysia dengan hab-hab utama di klia2 dan Subang Skypark di Selangor.

Malindo Air

Artikel Berikut

Artikel Lain