suria

Eksport Getah Asli Ogos Turun 16 Peratus

KUALA LUMPUR: Eksport getah asli pada Ogos 2014 turun sebanyak 9,644 tan metrik atau 16 peratus kepada 50,467 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.


Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata berbanding Ogos tahun lepas, eksport menunjukkan penurunan sebanyak 28.0 peratus.

Ia berkata, Getah Standard Malaysia (SMR) menyumbang 93.6 peratus daripada jumlah eksport, dengan 47.4 peratus terdiri daripada SMR 20.

"Getah Asli dieksport terutamanya ke China (37.2 peratus), disusuli Jerman (18.8 peratus), AS (5.7 peratus), Iran (4.8 peratus) Korea Selatan (3.6 peratus), Portugal (3.0 peratus), Brazil (2.3 peratus), Finland (2.0 peratus) dan Turki (2.0 peratus).

Import Getah Asli pada Ogos 2014 susut 4,166 tan metrik, atau 2.4 peratus, daripada Julai 2014 kepada 78,412 tan metrik.

Berbanding Ogos 2013, import turun sebanyak 8,928 tan metrik, atau 10.2 peratus.

Jabatan itu berkata pengeluaran bagi bulan tersebut berjumlah 50,467 tan metrik, turun 28 peratus tahun ke tahun dengan sektor pekebun kecil sebanyak 89.5 peratus manakala sektor estet menyumbang 10.5 peratus.

Jumlah Getah Asli bagi penggunaan domestik pada Ogos meningkat sebanyak 10.5 peratus kepada 40,251 tan metrik dengan industri sarung tangan getah menjadi sektor pengguna terbesar pada 69.7 peratus, diikuti tayar dan tiub (6.5 peratus) dan benang getah (9.9 peratus).

Stok Getah Asli negara berjumlah 141,438 tan metrik pada akhir Ogos 2014, susut 3.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Harga purata bulanan lateks pekat pada Mei 2014 ialah 426.69 sen, turun 6.0 peratus daripada bulan sebelumnya dan susut 19.0 peratus tahun ke tahun.

Produktiviti bagi bulan tersebut ialah sebanyak 130.1 kilogram sehektar, turun 0.5 peratus daripada bulan sebelumnya dan 8.8 peratus tahun ke tahun. 


getah, SMR, Jabatan Perangkaan

Artikel Lain