suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Medan-KT Penerbangan Sulung YOU Wings Airlines 24 November ini

KUALA TERENGGANU: Syarikat penerbangan tempatan, YOU Wings Airlines secara kerjasama dengan Sriwijaya Air akan memulakan penerbangan pertamanya bagi laluan Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu pada 24 November ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Lee berkata, buat permulaan pihaknya akan menyediakan operasi penerbangan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

YOU Wings, syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang berpangkalan di Ipoh merupakan pengendali pesawat Sriwijaya Air yang mana syarikat penerbangan Indonesia itu merupakan pemegang saham utama syarikat tersebut.

"Ini merupakan laluan pertama kami dari Medan ke Kuala Terengganu dan jika mendapat sambutan yang menggalakkan kita akan memperluaskan penerbangan ini," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama Menteri Besar Terengganu di sini, malam Sabtu.

Lee berkata, inisiatif yang dilakukan ini bertujuan memberi lebih peluang kepada pelancong untuk menikmati pelbagai tarikan di negeri ini dan memperkenalkan produk pelancongan di tempat mereka.

Syarikat penerbangan itu akan menggunakan pesawat Boeing 737 Sriwijaya Air yang mampu memuatkan seramai 168 penumpang dalam satu penerbangan bagi kelas ekonomi dengan tambang berpatutan daripada sekitar RM99 sehingga RM300.

Beliau berkata, pihaknya menyasar kira-kira 5,000 hingga 7,000 pelancong sebulan menggunakan perkhidmatan baharu yang disediakan ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, langkah yang diambil oleh syarikat penerbangan tersebut secara tidak langsung akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara berkenaan berkunjung ke Terengganu.

"Saya melihat ia sebagai permulaan baik dengan penerbangan terus dari Medan ke Kuala Terengganu dan kita mengalu-alukan serta menyokong penuh langkah yang diambil ini kerana lebih memudahkan pelancong," katanya pada majlis yang sama.


Artikel Lain