suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TM Hargai Inisiatif Jalur Lebar

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) menghargai pengiktirafan kerajaan terhadap pentingnya Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menerusi peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dalam kenyataan menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan peruntukan untuk pembangunan jalur lebar itu meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Ia juga melibatkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian Internet di Sabah dan Sarawak.

Zamzamzairani berkata TM komited menyediakan perkhidmatan jalur lebar tersebut kepada lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

"TM juga akan memainkan peranan dengan memberikan tumpuan khusus kepada sektor pendidikan, dan bersedia mempercepat perlaksanaan inisiatif kerajaan dalam sektor berkenaan," katanya.


TM, jalur lebar, Bajet 2015

Artikel Berikut

Acer Lancar Notebook Baharu

Artikel Lain