suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MDeC Lantik Yasmin Mahmood Sebagai CEO

Yasmin Mahmood
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) melantik Yasmin Mahmood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 15 September ini.

Yasmin akan memanfaatkan pengalaman kepimpinannya dan dalam industri selama lebih 25 tahun untuk memacu pertumbuhan keseluruhan inisiatif MDeC termasuk Koridor Raya Multimedia Malaysia dan Digital Malaysia.

Pengerusi MDeC Tan Sri Abdul Halim Ali menggambarkan Yasmin sebagai seorang pemimpin berkelayakan dan berpengalaman luas.

"Saya amat mengalu-alukan untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi memacu ekonomi digital negara dan mempertingkat usaha MDeC bagi mendorong perubahan generasi menerusi Digital Malaysia," katanya dalam kenyataan. 


Yasmin Mahmood, CEO

Artikel Sebelum

Artikel Lain