suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jualan Kenderaan Turun Kepada 60,267 Unit Pada Julai

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan penumpang dan perdagangan pada Julai turun kepada 60,267 unit daripada 68,431 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata daripada 60,267 unit yang dijual, 53,578 unit ialah kenderaan penumpang dan baki 6,689 unit ialah kenderaan perdagangan.

MAA dalam satu kenyataan berkata, Jumlah Jualan Keseluruhan Industri bagi tempoh Januari hingga Julai ialah sebanyak 11,490 unit, naik tiga peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya pada 2013, dipacu oleh kempen jualan agresif oleh peserta industri.

Mengenai prospek masa depan, ia berkata kuantiti jualan pada Ogos 2014 dijangka kekal sama seperti pada Julai hasil daripada kempen promosi berterusan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat kereta. 

MAA, kenderaan

Artikel Lain