suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlan Dagangan Negara Meningkat 8.5 Peratus Jun Ini

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Jun 2014 meningkat 8.5 peratus kepada RM118.5 bilion berbanding setahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, peningkatan dalam perdagangan dicatat dengan Taiwan yang naik RM1.71 bilion, Korea Selatan (RM1.2 bilion), Singapura (RM1.15 bilion), AS (RM981 juta), Perancis (RM888.3 juta), Thailand (RM874.6 juta), China (RM778.1 juta) dan Hong Kong (RM743.4 juta).

Jabatan itu berkata, eksport pada Jun lepas berkembang 7.9 peratus tahun ke tahun kepada RM61.23 bilion dan import menambah 9.2 peratus kepada RM57.26 bilion daripada Jun 2013.

Menurutnya, lebihan dagangan RM3.97 bilion telah dicatat.

Eksport utama pada Jun 2014 adalah produk elektrik dan elektronik yang bernilai RM20.39 bilion; gas asli cecair (RM5.2 bilion); produk petroleum (RM4.98 billion); kimia dan produk kimia (RM4.01 bilion); dan minyak sawit, termasuk minyak sawit mentah, 'fractionated palm oil', isirong, olein dan stearin (RM3.7 bilion).

Import meningkat 9.2 peratus kepada RM57.26 bilion berbanding bulan sama setahun lalu, katanya.

Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir adalah barang pengantara bernilai RM33.71 bilion; barang modal (RM8.79 bilion) dan barang penggunaan (RM4.25 bilion). 

 

Artikel Lain