suria

PKS Digesa Guna Pakai E-bisnes

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mengguna pakai e-bisnes untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan, kata Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

MDeC dalam satu kenyataan berkata, PKS di Malaysia membentuk 99.2 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat, tetapi hanya menyumbang 33 peratus daripada hasil mereka kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia.

"Ketika kita bergerak kehadapan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, pemilik PKS perlu diperkasakan, agar sumbangan mereka kepada ekonomi boleh dipertingkatkan," kata perbadanan itu.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia pelaksanaan MSC Malaysia, MDeC berkata kerajaan sentiasa menggalakkan penggunaan Internet dan e-bisnes dalam kalangan PKS, bagi meningkatkan pertumbuhan dan produktiviti mereka.

Menerusi satu kaji selidik yang dijalankan oleh perbadanan itu, "Penggunaan Internet dan e-bisnes dalam PKS", ia mendapati ketika ini, lebih 70 peratus daripada PKS tempatan tidak mempunyai laman web dan urus niaga dalam talian.

MDec menggesa mereka bekerjasama dengan SME Corp Malaysia untuk memacu penggunaan penyelesaian e-dagang bersama perusahaan mikro.

Dengan menyediakan kepada PKS akses mudah ke terminal dan pembaca mampu milik, lebih ramai daripada mereka akan dapat menawarkan perkhidmatan e-Pembayaran dan menyertai e-dagang, kata perbadanan itu. 


PKS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain