suria

Casio Keluarkan Aplikasi IOS

KUALA LUMPUR: Casio Computer Co., Ltd., mengumumkan pada 5 Ogos bahawa ia telah mengeluarkan satu versi baharu bagi Chordana Viewer, iaitu satu aplikasi iOS yang memaparkan janjang kord lagu untuk membantu pengguna mewujudkan carta kord. Chordana Viewer Versi 2.0 juga membolehkan pengguna untuk mengedit, mencetak dan bertukar carta kord melalui e-mel.

Versi baharu ini boleh didapati di Stor Apple App bermula dari 5 Ogos.

Di samping itu, Chordana Viewer 2.0 membolehkan pengguna untuk menyesuaikan kedudukan garis bar dalam carta muzik ketika pengesanan hendak dilakukan, supaya aplikasi itu boleh menampung lebih banyak muzik yang pelbagai.

Mewujudkan carta kord bagi lagu-lagu kegemaran pengguna Versi baharu itu secara automatik dapat mengesan janjang kord muzik dalam fail audio dan kemudian memaparkannya pada skrin sebagai satu carta kord.

Selain itu, jika pengguna ingin menukarkan kunci muzik, kord berubah mengikut sewajarnya.

Selain pengesanan kord secara automatik, pengguna juga boleh menetapkan kedudukan garis bar dalam carta muzik apabila pengesanan ingin dilakukan. Membenarkan carta kord untuk diedit dan dikongsi dengan rakan-rakan.

Carta kord yang diwujudkan secara automatik oleh aplikasi itu boleh diedit untuk disesuaikan mengikut pilihan pengguna.

Carta kord juga boleh dicetak, dan dikongsi dengan orang lain yang menggunakan aplikasi itu melalui e-mel.

Menambahkan kepada keseronokan seakan bermain alat-alat muzik itu Ketika memaparkan janjang kord, aplikasi itu menunjukkan penjarian piano atau gitar untuk kord pada skrin.

Dengan bermain bersama-sama salah satu daripada alat-alat muzik ini, pengguna dapat merasakan seolah-olah mereka sedang membuat persembahan bersama-sama dengan ahli muzik kegemaran mereka.

Membolehkan penyambungan ke alat-alat muzik MIDI yang serasi Aplikasi ini boleh disambungkan kepada mana-mana alat muzik MIDI yang serasi.

Jika aplikasi itu disambungkan kepada satu daripada papan kekunci lampu utama dari Casio, aplikasi itu dapat membimbing pengguna dengan menyalakan kekunci untuk bermain mengikut kord dan nada akar.

Iringan disediakan oleh instrumen maya Pengguna boleh memilih daripada empat bunyi instrumen maya yang ditunjukkan pada skrin untuk mengiringi muzik, dan juga merekodkan satu persembahan semasa iringan dilakukan.

Imbangan antara vokal dan iringan boleh dilaraskan semasa dimainkan semula. Sumber: Casio Computer Co., Ltd. Hubungi: Akifumi Ichikawa Jabatan Perhubungan Awam Casio Computer Co., Ltd. Tel : +81-3-5334-4830 E-mel: pr

Casio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain